
MALAM PESTA JIWA - Program MALAM PESTA JIWA diadakan adalah bertujuan untuk memartabatkan nilai seni dan budaya sastera ke suatu arah yang positif dengan misi yang merakyat. Program kesenian yang bersifat independent (indie) ini lebih mengutamakan kualiti seni yang tulen, mengutamakan isi berbanding kulit dan bersifat menghibur di samping mendidik pendengar dan masyarakat ke arah satu visi yang lebih menyegarkan aroma dan rasa. Program yang diilhamkan oleh Meor Khairol Nizam dan Meor Saiful Nazli ini dibantu oleh Adha Effendy, Syed Muhammad Sharif, Meor Yusof Aziddin Meor Hassan dan Yayasan Kesenian Perak. Antara seniman/sasterawan terlibat adalah Suhaimi Muhammad, Hishamuddin Rais, Raja Ahmad, Pyanhabib, Meor Yusof, Azmyl Yunor, Black, Rahmat Haron dan Nan Blues. 22 OGOS 2008, 9.00 malam di YKP . Masuk PERCUMA .
Tayangan & Diskusi Filem - Acara pemutaran filem oleh tiga pengkarya, Fahmi Reza, Anna Salzberg & Nazim Esa berlangsung di Rumah YKP pada 20 Jun 2008.
Gebang Seni Mamat Khalid - Gebang Seni bersama sutradara tempatan MAMAT KHALID telah berlangsung pada 30 Mei 2008 di Rumah YKP. Acara dengan sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara ini berjaya menghimpun sekitar 100 orang peserta yang terdiri daripada para pelukis, penulis, ahli-ahli kumpulan teater dan muzik serta peminat-peminat seni dan filem.
0 comments:
Post a Comment