Petang tadi, 27 Oktober 2008 di Hotel Seri Malaysia, berlangsung majlis Jamuan Aidilfitri dan Mesyuarat Agung Pertama Pertubuhan Teater Klasik Negeri Perak.
Majlis sederhana tetapi meriah ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak. Yang DiPertua TEMA Perak, Pengerusi Badan Budaya Perak dan Presiden Angkatan Pelukis Darul Ridzuan turut hadir dalam majlis yang julung kali diadakan ini.
Menurut Bung Jalal, Pengerusi Penaja Pertubuhan Teater Klasik Negeri Perak ini adalah merupakan antara aktiviti sulung yang diadakan bagi merapatkan hubungan antara ahli dan juga memperkenalkan kewujudan pertubuhan ini kepada khalayak. Adalah dijangkakan pada tahun hadapan pertubuhan ini akan mengadakan beberapa aktiviti seperti bengkel dan persembahan Bangsawan.
Walaubagaimanapun Mesyuarat Agung Pertama tidak dapat dijalankan kerana sebab-sebab teknikal dan ditunda ke tarikh lain yang belum ditetapkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment