Saturday, December 20, 2008

Bangsawan 'Tanah Abang'

Tanah Abang memaparkan campurtangan kuasa-kuasa asing di dalam Pentadbiran Beraja di Perak, yang baru memulakan era kesultanannya pada tahun 1528.

Sultan Mudzaffar Syah yang dijemput dari Kampar, Sumatera untuk menjadi Sultan yang bertakhta di Tanah Abang menghadapi ancaman tiga kuasa asing yang berhasrat menakluki negeri dengan memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan Pembesar-Pembesar Negeri.

Fitnah dan hasutan kuasa-kuasa asing berjaya mempengaruhi Tun Saban, Pembesar di Hulu sehingga menjurus kepada penderhakaan kerana menyalah tafsir hasrat Sultan hendak mengambil anaknya, Tun Merah untuk dijadikan sebagai gundik bukan sebagai Permaisuri. Tun Saba dan adiknya, Tun Perabu pembesar di Temong merasakan darjat dan martabat keluarga mereka dihina oleh Sultan lantas meningkah tingkah durhaka menentang raja. Penyatuan menyinar semula setelah Tun Saban disingkirkan oleh Megat Tewaris. Tun Perabu pula akhirnya akur dengan kesetiaan mempertahankan kedaulatan negeri lalu bergabung dengan Megat Tewaris mengusir musuh.






















Friday, December 19, 2008

Malam Budaya Itu Indah







Sunday, December 14, 2008

PMS. Program Memasyarakatkan Seni & Budaya Felcra Nasaruddin Bota







Wednesday, December 3, 2008

Pertandingan Pantun Antara Jabatan